PAKEJ TAMAN NEGARA PAHANG 2025 | 2026

PAKEJ TAMAN NEGARA PAHANG

INNER JUNGLE TAMAN NEGARA PAHANG

Untuk anda yang ingin lebih sikit cabaran nak nak cuba tidur dalam gua.


Inner Jungle ,Pakej Taman Negara Pahang , Taman Negara , Jerantut , Kuala Tahan
Inner Jungle 2 hari 1 malam Taman Negara Pahang 



Trip ni agak berbeza dengan trip2 lain di taman negara.

Nak dekatkan diri dengan Hutan ? Ini memang pakej terbaik ! 

Lokasi tempat tido adalah dalam gua! 
Ada guide atau pemandu pelancong yang bersama anda dari mula aktiviti hingga akhir.


Apa yang best inner jungle ni ?

Anda akan dekatkan diri dengan alam semula jadi

masak makan malam + simple menu tapi sedap  ( sebab lapar ) 
candle light dinner dalam gua

tido sambil ada unggun api ( sebab tak nak kasi gajah masuk  dalam gua tu )

mandi sungai waktu malam ahaha. ( bergantung pada pukul berapa korang sampai lah )

breakfast makan roti bakar pakai arang. yo! 

masa nak balik nanti singgh puak orang asli yang memang tinggal dalam taman negara pahang tu.


untuk pakej ini : anda perlu 


pakai but sendiri kasut yang betul2 tutup kaki anda 
stocking 
back pack 
bawak towel 
kalau nak tido nak rasa selsesa sikit bawak bantal kecil ( yang boleh tiup angin tu lagi baik )  boleh refer sini untuk tengok camping pillow atau bantal untuk camping ) camping pillow air 
kalau ada head lamp lagi baik / torchlight sebab untuk memudahkan anda ke toilet ( sorry sini tak der toilet ) 


sepanjang trip ni anda akan dibekalkan 

maggi 
sardin atau curry ayam 
floor matt ( untuk tidor ) 

tapi kalau anda plan dari awal boleh bawak makanan sendiri atau bawak coklat untuk munch2 atau kunyah2 semasa dalam perjalanan.


memang meletihkan tapi kami yakin anda mesti puas!